Sambutan Hari Sarawak
23 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniMajlis Sambutan Hari Sarawak 2024 telah diadakan dengan kehadiran tetamu kehormat Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar beserta Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Kemuncak Hari Sarawak 2024 yang berlangsung ketika ini mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama apabila lebih 10,000 orang membanjiri Lasar Kenyalang Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu. Acara kemuncak Sambutan Hari Sarawak telah bermula pada jam 8 malam dengan pertunjukan pentomin, persembahan artis tempatan dan tanah air serta Gema Sarawak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: